Saturday, November 1, 2008

WANITA WAJIB BERTUDUNG

tudung seorang wanita

Allah mengetahui akibat baik dan buruk daripada segala tindak-tanduk
hamba-Nya, termasuk akibat buruk daripada pendedahan aurat. Sehubungan itu, Allah mewajibkan wanita menutup aurat
mereka.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak
perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka
bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang
demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik),
maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).