Monday, December 14, 2009


Saturday, October 31, 2009

Keluhan suami isteri

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..

hihihi gelihati haku....

Sunday, September 27, 2009

Inilah rumahku .......


Inilah rumahku .......

Diam tak diam dah 19 tahun haku menduduki rumah ini.Ok ler .......aman damai....dekat dengan pekan.....semua orang melayu,masjid pun dekat tuk solat berjemaah......itu yang pentingnyer.


Masa haku mula masuk tahun 1995 dulu,jalan pun tidak berturap tar lagi,,,,,jalan tanah pasir Yob....ekekekeke......kerbau banyak.......sbb tempat padang ragut dier orang...(hehehehe kerbau lah...)


Disini lah haku hingga keakhir hayat jika dizin Allah......mudah-mudahan.

Bakar lemang Rayer




Beberapa tahun haku tak bakar lemang...syik tempah jer...kadang-kadang beli pada pagi rayer kat pasar sebab ramai yang meniaga lemang siap masak....padahal bukan lamer sangat membakarnyer....besenyer 2jam masak ler......


Cam kali ini turun kul 10.00 pagi ...kul 12 haku dah korakkan api tinggal bara sajer......


alhamdulillah cantik dalamnyer sbb haku tak nyala api kuat sangat.....pakai bara jer.


hehhehehe....




Kul 6.30 pagi haku dah ader kat pasar sbb nak beli santan beb......tak ler lamer beratur...


Kalau haku aku sampai kul 7.00 pagi alamat ler beratur tengah panas atas jalan rayer....


tu penangan nak rayer....huahuahua.....


Thursday, September 24, 2009

Kejutan gila hari jadi


KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.
Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.
Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri. “Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.
“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.
Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi. Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu.
Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit. “Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.
Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.
Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam. “Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil. “Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.
Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. “Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

Friday, September 18, 2009

Saturday, August 29, 2009

4 mesti dijaga

4 mesti dijaga

1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 mesti dijaga

4 mesti dijaga


1. Teguh menjaga kehormatan

2. Redha menerima sedikit

3. Berbuat kebaikan setiap hari

4. Memelihara lidah

4 tanda orang berakal

4 tanda orang berakal

1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang beriman

4 alamat orang beriman

1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan

Khusyu' dalam solat

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyukdan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assamdan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ danmenganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian akurukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuhpengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolatselama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnyayang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

Thursday, August 13, 2009

Hidup kita cuma 3 hari

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

1. Nafas Naik2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawadan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

I ngatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dankita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN . Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT .Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... .Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.Wallahualam..

Tuesday, July 28, 2009

Kes cerai Radhi OAG kecoh

Kecoh di luar mahkamah apabila Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya memutuskan Radhi OAG dan isterinya Shazlin Shariff masih suami-isteri yang sah.
KEDUA-DUANYA menunjukkan ego masing-masing bilamana Radhi OAG enggan menceraikan isterinya, Shazlin Shariff tetapi dalam masa yang sama si isteri sanggup ‘bersumpah’ membuat hubungan dengan lelaki lain semata-mata ingin diceraikan.
Peh dunia akhir zaman, si isteri selamba tenuk jer bersumpah tidur dengan lelaki lain dan yang peliknya yang si suami pun masih tak nak ceraikan.Adakah Jabatan Agama akan mendakwa Shazlin ni dengan tuduhan berzina?
Kalau ikut hukum hudud, mampus tak berani. Ikut jer tindakan Mahkamah Syariah di Pahang tu hari yang menjatuhkan hukuman sebat kepada peminum arak.

Ini lah dunia akhir zaman.....isteri sewenang -wenang meminta cerai dari suami tanpa segan silu...buat apa nak simpan dah macam tu.......

Saturday, June 20, 2009

Pesanan Imam Ghazali

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?


Murid 1: Orang tua


Murid 2: Guru


Murid 3: Teman


Murid 4: Kaum kerabat


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?


Murid 1: Negeri Cina


Murid 2: Bulan


Murid 3: Matahari


Murid 4: Bintang-bintang


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?


Murid 1: Gunung


Murid 2: Matahari


Murid 3: Bumi


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?


Murid 1: Baja


Murid 2: Besi


Murid 3: Gajah


Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?


Murid 1: Kapas

Murid2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Saturday, May 30, 2009

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya :
"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

KesimpulanJadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.Wallahualam"

Sunday, May 24, 2009

Pervert Doktor:DON'T LET YOUR WIFE / GIRLFRIEND TO GO ALONE TO SEE A DOCTOR

Dear Friends and Everyone, I would like to call all your attention here in order to help me to spread this news. thatday my girlfriend when to this clinic (Poliklinik Dan Surgeri Lim at No. 19, Jalan 11 Desa Jaya, Kepong 52100 KL) to see doctor for not feeling well (fever,flu and headache) at 1.30pm. At first the doctor (Name: Doctor Lim Sheng Chio) has done the standard check up for the fever and flu,then when my GF tell him that she also have headache and stomachache he asked her to lay on the bed for further check-up. Upon on the bed he use his right hand to slide in into her shirt and under her bra (this is a hand to breast situation without removing her shirt and bra) and start to press her breast in another word I can say is molesting. The way he press isn't the way to check anything!!!! then my GF (girlfrined) ask whether what is he checking. He reply that he is check on her lung pressure. I must say all this while there is no nurse attend this check up,in the standard procedure whenever a doctor check on his patient a nurse must be present to witness all this. Instead the nurse only sit at outside the nurse counter. After he press her breast he start to go lower to the abdomen part where my GF had an appendix operation removal last year. My GF start to feel a bit pain when he press on the operation part and sound the doctor for a pain. Later he start to slide his hand further down to her private part without removing her pants and panty. He start to slide up and down for a second and my GF start to ask him what is he checking and his reply also check her lung pressure. On my opinion is a way to check the lung pressure???? After that he ask my GF to turn to side and his left hand again slide into he private part while his right hand feeling on her thigh. Immediately my GF ask him to stop. Anyway my GF was a bit scare and didn't do anything at that time and take the medicine and left the clinic straight away and call me. After heard all this from my GF, I went to the clinic at 6pm after work and ask him whether did he molest one of his patient this afternoon and he reply he seen many patient this afternoon. He ask me what is her name, I was very angry and shout at him why should he touch her private part. Immediately he reply he only pressing her abdomen, how do he know whom I'm referring to???? this is a question. I shout at him again whether he did it or not but he insist he didn't do it. Later I went to the police station and lodge a report for his act. I will also make a repot to the MMA (Malaysia Medical Association). Attn to Dr. A. Raja Mohan.Tel: 03-40420617 .
For your information this MMA you can complaint anything about your dissatisfactory against any doctor in Malaysia. Whether they charge you extra to molesting any case they will investigate. I know this story is a bit too long, sorry for taking so many times of yours but I have shorten the story already. I hope this is a good experience to all girls/women out there to be careful when seeing a doctor. Always ask a nurse to be present all the times when you see a doctor...

Thanks & best regards,
Chan Yeuw Munn Evelyn L F Chong

5 donts when you're Sleeping

1 DON'T SLEEP WITH WATCH Watches can emit a certain level of radioactivity.Though small, but if you wear your watch to bedfor a long time, it might have adverse effects on your health.

2 DON'T SLEEP WITH BRA Scientists in America have discovered those thatwear bras for more than 12 hours havea higher risk of getting breast cancer.So go to bed without it.

3 DON'T SLEEP WITH PHONE Putting the phone beside your bed or anywherenear you is not encouraged.Though some of us will use phones as alarm clocks,but please put the phone as far as possible.Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used.These waves can cause disruptions to our nervous system.Therefore if you need to put your mobile phone near you, switch it off first.

4 DON'T SLEEP WITH MAKE UPPeople who sleep with make up might haveskin problems in the long run.Sleeping with make up will cause the skin to havedifficulty in breathing and problem in perspiring.You will also need a much longer time to go into deep sleep.
Lastly.....

5 DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBANDYou may never wake up again.

Thursday, May 21, 2009

Demi prinsip, Raja Petra enggan tutup kes jenayah anak

Penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin mendakwa enggan berunding dengan polis untuk menutup jenayah anaknya dalam kes kecurian dan pecah rumah di Shah Alam sejak Mac lalu. Lebih baik mempertahankan prinsipnya seperti disuarakan dalam artikel-artikelnya di Malaysia Today daripada merasuah polis untuk membebaskan Raja Azman, katanya hari ini."Saya ingin tegaskan bahawa tidak mungkin ada rundingan. "Bagaimana mungkin saya bersetuju menyuap pegawai-pegawai polis untuk membebaskan anak saya selepas bercakap menentang jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan penyembunyian tindakan jenayah mereka yang berada di serambi kuasa?" katanya dalam artikel 'My most sincere apology to the nation'. Menulis dalam blog popularnya bagi menjelaskan kes anaknya itu yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan di mahkamah majistret kelmarin, Raja Petra berkata Raja Azman telah meninggalkan rumah kira-kira 18 tahun yang lalu dan hidup sendirian sejak dibuang keluarga.Raja Azman, kini 32 tahun, meninggalkan keluarga sejak di sekolah menengah dan sejak itu, Raja Petra menambah, "sering dirundung masalah akibat hidup bergelendangan di lorong-lorong belakang Kuala Lumpur.""Tidak terelakkan lagi, hidup merempat di jalanan seperti budak nakal menjadikannya seperti sekarang," katanya."Anak kami telah diberikan amaran, jika dia terjerumus dalam masalah, itu terserah pada dirinya sendiri. Dia tidak boleh mengharapkan keluarga yang ditinggalkannya membela nasibnya."Walaupun remuk hati empat lagi anaknya dengan tindakannya tidak berunding dengan polis kerana kes Raja Azman boleh mencemarkan nama baik keluarga, kata Raja Petra lagi, beliau tiada pilihan kecuali mempertahankan prinsipnya seperti sering dilaung-laungkannya. "Inilah nasib malang yang kami tidak boleh lari lagi. Memang mudah berjumpa dengan pegawai-pegawai polis dan membayar wang seperti mereka mahu dan semuanya akan selesai," katanya."Tetapi penyelesaian itu hanya sementara. Saya terpaksa menggalas beban bahawa saya telah menjual prinsip-prinsip saya dan tidak sanggup beramal dengan seruan sendiri di sepanjang hidup saya."Raja Azman - ditangkap pada 6 Mei - mengaku bersalah memecah masuk ke dalam rumah, mencuri wang, telefon bimbit, jam tangan dan sebuah motosikal antara 20 Mac hingga 5 Mei lalu.Beliau dilaporkan dibenarkan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan tersebut - tetapi tiada siapa datang menjamin - dan mahkamah menetapkan 19 Jun untuk menjatuhkan hukuman.Raja Petra menambah, dengan memberi suapan kepada polis, anaknya itu mungkin dibebaskan tetapi beliau sendiri "akan terpenjara dalam rasa bersalahnya yang menghantuinya sehingga hari terakhir hidupnya.""Sebagai seorang bapa, itulah keputusan paling berat yang saya terpaksa ambil. Ia lebih sukar bagi Marina (Chin Abdullah), ibu yang melahirkannya."Kami saling berpegangan tangan dan menatap mata satu sama lain tanpa sepatah kata. Kata-kata tidak diperlukan lagi. Dalam kebisuan itu, hanya hati-hati kami yang berbicara," coretnya lagi."Marina dan saya memohon maaf kepada seluruh rakyat atas perbuatan anak kami. Sebagai ibu bapanya, Marina dan saya menerima sepenuhnya tanggungjawab itu."

Ini satu pengalaman yang bolih dijadikan iktibar untuk kita semua.
Tanggungjawab,perinsip dan kehormatan diri .....mana kah yang perlu didahului...
sama-sama kita fikirkan.

Thursday, April 23, 2009

Akhbar: Kerabat nafi Manohara didera










kemaskini 8.06pm Kerabat diraja Kelantan menafikan dakwaan bahawa bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot, tidak bahagia bersama suaminya, demikian lapor akhbar dalam talian Indonesia, Detik.com.Dalam emel satu sumber istana yang dikirim kepada laman berita tersohor republik itu semalam, Manohara Odelia dilaporkan sangat dicintai suaminya dan tidak mungkin berlaku penderaan seperti dakwaan ibunya, Daisy Fajarina."(Kerabat diraja) itu bukan jenis begitu," emel tersebut dipetik akhbar web itu."Mano lagi bahagia. Malah sudah gemuk lagi," seorang kerabat Kelantan yang enggan disebutkan namanya dilaporkan berkata.Di Kelantan, menurut Detik.com lagi, pasangan Manohara Odelia bersama suaminya "dikenali baik dan murah hati". "Very humble (sangat merendah diri). Mereka memang fall in love (saling jatuh cinta), dari hati suci," emel itu dipetik.'Baik-baik saja'Dalam laporan berasingan hari ini, akhbar web itu juga melaporkan "keadaan Manohara Odelia baik-baik saja" sewaktu kedutaan republik itu menghubungi istana Kelantan. Diminta mengulas isu penderaan, duta besarnya Da'i Bachtiar dipetik berkata: "Itu kan masih informasi yang belum kita lihat secara langsung. "Upaya yang kita lakukan, kita berkomunikasi dengan Sultan Kelantan, ya katanya kondisinya (Manohara Odelia) baik-baik saja." Sementara itu, agensi berita rasmi Indonesia melaporkan wanita muda itu "tiada tanda-tanda diseksa" sewaktu tampil di majlis rasmi bersama isteri-isteri wakil rakyat Kelantan, 18 April lalu.Maklumat itu diperolehi daripada sumber wartawan-wartawan yang hadir di pertemuan tersebut yang diadakan di hotel Grand Riverview."Dia (Manohara Odelia) memperkenalkan diri kepada isteri-isteri wakil rakyat Kelantan. Manohara sendiri hadir bersama dengan suami. "Tidak ada tanda-tanda beliau disiksa," seorang wartawan di Kota Bharu, Kelantan dipetik Antara petang ini.Ramai wartawan yang hadir pada majlis itu "dan melihat langsung Monahara dalam keadaan sihat walafiat", lapor agensi itu lagi.Daisy, dalam sidang media di Jakarta pada Isnin lalu, mendakwa anak bongsunya pernah dilukakan di bahagian dada.Beliau juga dilaporkan mendakwa mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya."Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. "Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik sebagai berkata.Dalam perkembangan berkaitan, Harian Metro hari ini melaporkan pihak istana sedang meneliti dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap kerabat tersebut. Pengelola istana itu Datuk Abdul Halim Hamad dipetik berkata kenyataan itu mungkin akan dikeluarkan hari ini.

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model




Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan juga pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada. Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya."Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik sebagai berkata.Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi."Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan)," wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.Sebelum kejadian itu, beliau benar-benar menyangka menantunya sudah berubah."Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik," katanya lagi.Daisy menambah, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula. Manohara Odelia - yang pernah tersenarai "100 Pesona Indonesia" - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.Model itu berkahwin tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan. Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya datang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, lapor Surya lagi.Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu "baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya." "Saya sudah menganggap Tengku anak saya," Daisy dilaporkan berkata.Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah. Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan." Beliau kemudiannya mendapatkan bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia."Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya. "Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya," Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata dalam satu sidang media di sebuah restoran di Jakarta Selatan.Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga Manohara Odelia.Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya. "Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya," beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.

Friday, April 10, 2009

How to save papayas falling from the tree...



idea kreatif......

Asal usul istilah "Terperanjat Beruk"


wakakaa....gurau malam Jumaat

Monday, April 6, 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.Wahai Ali,

bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah

Saturday, March 21, 2009

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya adadi rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar. Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah.

Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik danbawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah diotak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin bajuyang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkansetitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudiancucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospitalsecara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsapecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan iniberlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupundia mampu berjalan semula.”

Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorangdoctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itusaya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalahberkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu,penyelia kami diserang angin ahmar!.”Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda seranganangin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasidan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahandan dia membuka matanya.Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untukmengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-duatelinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnyakembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan tehpanas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugasdi sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalamperjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmaradalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkanumur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jikasemua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannyasegera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan denganizin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala.

Diharapkan kaedah bantuankecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidaktersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANGBERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.

Saturday, February 28, 2009

PAK PANDIR PUNYA PANDAI.....

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong
yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macamana,
di tengah perjalanannya dia terjumpa seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpai ini
seketul taik.Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat ,
Pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak Pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam taik...' Lepas itu dia pegang pulak taik tu,
lalu dia berkata,…'Lembik...macam taik..'Lepas tu dia ambik sikit
taik itu lalu dia hidu taik itu, lepas itu dia berkata,'Bau macam taik.
'Oleh kerana Pak Pandir ini masih ragu-ragu dengan taik itu lalu
dia pun mengambilkeputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit.
'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'

Saturday, February 21, 2009

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN

Dari Hatim Al-Asom :

"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI

"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuktinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini,melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :

1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.

Thursday, February 19, 2009

Senarai kalori dalam makanan Malaysia

Anda nak diet? Ketahui kalori yang terkandung dalam makanan asasi rakyat Malaysia

1 Nasi putih (satu setengah cawan) 260 kalori
2 Nasi lemak bersambal (sepinggan) 400 kalori
3 Nasi goreng bertelur (sepinggan) 635 kalori
4 Nasi briyani berayam (sepinggan) 880 kalori
5 Nasi minyak kosong (sepinggan) 445 kalori
6 Nasi ayam kosong (sepinggan) 300 kalori
7 Mee goreng kosong (sepinggan) 660 kalori
8 Mee sup (semangkuk) 380 kalori
9 Mee hoon goreng (sepinggan) 550 kalori
10 Roti putih (2 keping) 156 kalori
11 Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) 200 kalori

Bapa termuda dalam dunia

Bapa termuda dalam dunia ialah pelajar British yang menjadi bapa semasa berumur 13 tahun setelah hubungan beliau dengan awek dia yang berumur 15 tahun. Budak-budak zaman sekarang. Baru akil baligh dah pandai tapi apa nak dihairankan kerana orang-orang Barat ni memang open minded dan tidak kenal halal haram.
Remaja di Malaysia ni pun apa kurangnya.

Thursday, February 12, 2009

RAHSIA MULTI ORGASME

Bersama ini diperturunkan Ilmu Multi Orgasme utk anda yang berminat sahaja. Ada banyak lagi yang akan saya perturunkan cuma biarlah anda mengamalkannya dahulu. Saya tidak akan perturunkan ilmu ini selagi saya tidak mencapai kejayaan dalam amalannya. Jika anda ingin tahu apakah kejayaan yg telah saya capai, emailkan secara peribadi kepada dr_hjshahrin@yahoo.com atau lawat mindgym2u.com.
Sebelum mengamalkan amalan (2) anda harus mengamalkannya Rahsia Penguasaan Ilmu Asmara Tantra terlebih dahulu selama seminggu berturut2. Kemudian barulah boleh mengamalkan amalan (2).
Anda boleh menggunakan minyak lintah utk proses pengamalannya.
DILARANG UNTUK MAKSIAT
Selamat Beramal
Ikhlas dariProf. Dr. Hj. Shahrin Abd. RahmanMindGym GroupsKota Bharu Ruqyah Centre(Islamic Consultation & Ruqyah Syar’iyyah Therapy)
RAHSIA PENGUASAAN ILMU ASMARA TANTRA (KAMASUTRA)
ATURAN TRANSFER PENGISIAN
1. Pada malam Jumaat anda dikehendaki mandi basah seluruh badan (seperti mandi junub) dengan air suam.
Sebelumnya bacalah:
Yaa Qawiyyu Yaa Matiin(Wahai Tuhan Yang Maha Kuat, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa)
sambil tangan kiri memegang alat vital (zakar) dan membaca 7 kali senafas dan mengusap-usapnya.
Pejam mata dan bacalah Doa Zulfaqar:
- Allaahumma solli ‘ala Saidina Muhammad 3 kali tahan nafas
- Allaahumma solli wasallim ‘ala Muhammad 1 kali tahan nafas
- Kalimah Syahadat 2 kali tahan nafas
- Al Fatihah 1 kali
- Al Ikhlas 1 kali
- Selawat 1 kali (apa sahaja selawat yang sesuai dengan anda)
- Berdoa: “Segala pujian bagi Allah yang telah menciptakan manusia dari mani. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripadaku dan jauhkanlah syaitan daripada yang telah Engkau limpahkan kepada kami”
Rangkapkan kedua tangan di depan dada (seperti sembah silat) sambil menarik nafas sekuatnya, tahan dan tegangkan di daerah zakar sambil berdoa agar Allah swt memasukkan Daya Ghaib Asmara Tantra. Doa tersebut terserah kepada anda. Apa pun anda berdoa, Allah swt Maha Mengetahui.
Kemudian nafas ditiupkan ke zakar sampai habis.
Dengan berakhirnya ritual ini, InsyaAllah Daya Ghaib Asmara Tantra telah bersatu dengan anda.
Amiin Ya Rabbal ‘Alamiin.
AMALAN (2)
ILMU KUAT SEKS MULTI ORGASME 8X - 11X
1. Bacalah ayat di bawah ini 7 kali pada segelas air hangat.
“Ya Qahhaaru Laailaa haillallaa huwal hidul Qahhaar”
Setiap 1 kali membacanya, tarik nafas kemudian tahan di daerah zakar. Tiup nafas ke dalam gelas. Ulangi 7 kali.
2. Minum air setengah gelas. Bakinya hendaklah digunakan untuk membasuh dan mengurut zakar sehingga kemerahan dan tegang. Kemudian disapu dengan madu yang bercampur dengan halia.
3. Kini zakar anda siap untuk digunakan.
4. Sebelum anda memasukkan zakar anda ke dalam faraj isteri anda, tekanlah titik Cakra Seks yang terletak di sisi PUSAT KUNDALINI atau TITIK TALI RAHSIA yang terletak di antara zakar dengan lubang dubur dengan cara menekan sekuat tenaga. Lakukan kira-kira satu minit dengan menggunakan jari tengah tangan kanan. Setelah itu barulah anda masukkan zakar anda ke faraj isteri anda.
5. Posisi anda berada di bawah dan pasangan anda berada di atas. Setelah beberapa saat, barulah anda boleh mengubah posisi sesuai dengan kehendak anda. Jangan lupa, kendalikan emosi anda sewaktu hubungan intim dijalankan.
6. Setelah anda merasakan bahawa air mani akan keluar, segeralah keluarkan zakar anda lalu tekanlah titik CAKRA SEKS sekuat tenaga dengan jari tengah kanan. Setelah itu teruskan pelayaran anda.
7. Bila anda sering menggunakan teknik ini, lama kelamaan anda akan mahir dengan sendirinya. Anda tidak perlu lagi mencabut zakar anda bila terasa air mani akan keluar, tapi cukup dengan mengunci titik CAKRA SEKS dengan jalan memusatkan fikiran dan pernafasan. InsyaAllah anda dan isteri anda akan puas.

Saturday, January 24, 2009


Tujuh Ayat Cinta

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

Bujang Vs Dara

Perbezaan lelaki dan pompuan time kenduri kahwin.

Lelaki (Bujang)
1.mandi
2.pakai baju,siap2
3.start keta,motor
4.sampei tempat kenduri,jumpe tuan umah
5.makan
6.pas makan rileks jup,isap rokok
7.balik umah
8.sampai kat umah

Perempuan (Dara)
1.mandi
2.berkemban
3.keringkan rambot
4.bukak almari,pilih baju
5.bawak kuwa sume baju ,bentang atas katil
6.pilih mane nak yang dipakai.
7.senarai pendek baju hendak dipakai
8.amik baju kebaya
9.letak balik
10.amik baju kurung
11.letak balik
12.wat pilihan lagi
13.cakap lam ati"baju mane yang menarik perhatian"
14.dah sah pilihan,baju kurung
15.pilih tudung plak
16.idop kan seterika
17.nyanyi2 smentara seterika panas
18.telepon berbunyi
19.angkat tepon"eh korang dah nak sampei?jup la.aku x siap lagik"
20.cepat2 seterika baju,tdung.
21.member sampei
22.call member"jup wei!5 minit lagik!korang tunggu lam keta"
23.pakai,baju,pakai tudung,
24.amik beg tangan,alat mekap sekali
25.masok lam keta
26.mule bertekak dengan member
27.kuwakan cermin
28.kuwakan alat mekap
29.mekap kan dulu
30.sampai je kat simpang
31.patah balik,seterika lupe off
32.sampai umah
33.member mintak pinjam toilet
34.dah abis sume,naik keta balik
35.sampai plaza tol
36.jalan jem
37.mule merungut,panas,mekap dah cair
38.kuatkan air cond
39.sembang2 hal perkahwinan
40.sampai kat umah orang kawen
41.salam dengan tuan umah
42.pergi makan
43.cedok lauk ayam skit
44.letak sendok balik
45.cedok gulai skit.
46.letak sendok balik
47.mule cite kat member cakap diet
48.amik laok skit,
49.amik buah skit
50.makan
51.abis makan
52.borak2 kosong ngan member
53.mate usha pompuan lain
54.mule bandingkan pakain mane yang cantik
55.tunggu pengantin
56.pengantin sampai
57.cepat2 pergi tangkap gambar
58.tunggu pengantin bersanding
59.pengantin abis bersanding
60.cepat2 naik pelamin,tangkap gambar
61.mule berangan
62.member marah,suh turun,die plak nak tangkap gambar
63.member tangkap gambar pulak
64.ikot pengantin masok bilik
65.mule cakap "wah!!cantiknye"
66.duduk atas katil pengantin
67.tangkap gambar lagik
68.mule berangan lagik
69.tgk adiah sekeliling
70.tarik pengantin,ajak tangkap gambar
71.dah tangkap gambar
72.gesel pipi ngan penganti pompuan
73.tunggu pengantin bagik cenderahati
74.dapat cenderahati
75.mintak bunga telor plak
76.dapat bunga telor
77.kasik adiah
78.salam ngan pengantin
79.sampei depan pintu
80.kasot ilang
81.cepat2 amik kasot orang
82.mule naik keta
83.mengumpat lam keta"laok x sedap,pengantin mekap tebal sangat,pelamin x lawa".
84.gelak2
85.mule berangan balik.nak wat perkahwinan besar2
86.sampai umah!!!

Saturday, January 17, 2009

Keserasian pasangan

Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak, tapi kalau ikut logik macam betul juga. Contohnya saya , sulung-bongsu -- serasi tu..huhu

Sulung dengan sulung

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah.. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Friday, January 9, 2009

Wudhu' Zahir dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assamdan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?
"Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin.
"Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?
"Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim'
dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

""Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,
aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
"Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Wallahualam, Untuk munafaat kita bersama,

Thursday, January 1, 2009

Perawan yang sentiasa menjadi perawan

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Ciuman Suami

Untuk perhatian kaki cium.........
So, guys, which one are you?...

Suka cium dahi isteri........suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri........suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri.......suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri........suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri.........suami yang sensitive.
Suka cium leher isteri.........suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri........suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri.......suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri.......suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium kemaluan isteri......suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri.......suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri.......suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri......suami yang memtingkan diri.
Suka cium seluruh bahagian badan isteri........ suami yang baru balik dari outstation.

Amaran: Kajian ini dibuat secara rambang, mungkin ada sedikit perbezaan dari individu ke individu yang lain

Adibah Ahmad, mangsa kecanggihan internet




Menurut berita yang didengar di radio pagi tadi, polis sudah hampir menjejaki pihak yang bertanggungjawab menulis blog tersebut. Adibah Ahmad yang berasal dari Kedah sebelum ini telah lima kali membuat laporan polis mengenai ada orang yang menggunakan identitinya untuk menghina Nabi Muhammad SAW sejak 5 bulan lepas. Adibah Ahmad juga melaporkan telah melaporkan kepada SKMM.Begitulah kecanggihan teknologi , boleh digunakan untuk kebaikan tetapi boleh juga memberi keburukan kepada manusia.


Mudah-mudahan tiada insan yang akan teraniaya dan dizalimi....

KUNGFU KUCING

Kenaikan gaji

Selamat tahun baru 2009, tahun baru gaji baru semoga semangat bekerja baru,azam baru atau renew azam lama hoho

Dari Karam Singh Walia
Kenaikan gaji itu amat penting bagi menjaga alam sekitar. Tanpa kenaikan gaji
manusia menjadi malas dan sampah akan bertaburan merata-rata bak kata pepatah:
Anak ayam makan dedak waktu pagi, anak itek makan sagu waktu petang
Orang tak ndak engkau bagi, orang hendak engkau larang
Saya Karam Singh Walia melapurkan untuk bulletin utama TV3

Dari Nordin Ahmad dalam filem Seri Mersing
Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Apa guna engkau balik lambat
Naik gaji belum tentu

Dari P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab
Aku nak bagi kau naik gaji ka turun gaji ka kau apa peduli. Ini company Ahmad
Albab yang punya...