Wednesday, December 29, 2010

suami didakwa dimahkamah bersetubuh dengan isteri sampai cedera




MELAKA - Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan dua tahun lalu.

Tertuduh Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd. Jalal, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan ketika persetubuhan dengan isterinya yang berumur 29 tahun di sebuah rumah di Jalan Melaka 2/3 Taman Melaka Baru pada pukul 5 pagi, 3 Jun 2008.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 375 A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama lima tahun

wakakaka ini mesti kes tertelan batang tongkat ali...tak pon akar pacak langgit...hihi ganaz betol ????

Sunday, December 26, 2010

LELAKI 4 ISTERI ROGOL ANAK KANDUNG DAN RAKAM AKSI

KUALA LIPIS: Dia sudah ada empat isteri, namun seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.
Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan.

Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.

Bagaimanapun, episod duka mangsa berakhir selepas remaja terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru wanita di sekolahnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, guru wanita berkenaan menghantar mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Lipis untuk membuat laporan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di HKL mengesahkan mangsa dirogol dan sepasukan anggota polis menyerbu rumah suspek sebelum menahan lelaki itu ketika dia berehat di rumahnya, kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang digunakannya ketika merakamkan perbuatan terkutuk itu sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut.

Abdul Razak berkata, pelajar itu mendakwa kejadian terbaru dia dirogol bapanya berlaku Rabu lalu ketika ibu mangsa tiada di rumah dan perlakuan jijik itu turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Siasatan turut mendapati ibu mangsa mengesyaki sesuatu dan perubahan pada diri anaknya sebelum meminta mangsa menceritakan kejadian sebenar, tetapi dia enggan membongkar kejadian itu kerana bimbang dipukul atau dicederakan ayahnya.

“Mangsa anak tunggal isteri kedua lelaki terbabit kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dekat sini, untuk mendapatkan hak penjagaan sehingga selesai menjalani pemeriksaan di HKL,” katanya semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis terhadap telefon bimbit suspek mendapati rakaman beberapa minit itu sama dengan suasana dalam sebuah bilik tidur di rumah lelaki terbabit, namun wajahnya tidak dapat dilihat jelas.

Katanya, lelaki terbabit kini direman seminggu di IPD Lipis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

PESTA ROGOL DI BT GAJAH...!!!!

BATU GAJAH: Nafsu serakah yang menggila mendorong sekumpulan 17 lelaki menjadikan empat remaja perempuan bawah umur sebagai pemuas nafsu dalam empat pesta rogol berasingan pada 4 hingga 12 Disember lalu.

Pesta seks itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 15 daripada 17 suspek berusia antara 13 dan 55 tahun termasuk dua pelajar, di beberapa lokasi sekitar pekan ini, kelmarin. Semua mangsa berusia 15 tahun dengan tiga daripadanya pelajar tingkatan tiga manakala seorang sudah tidak bersekolah.

Dalam kejadian pertama pada 4 Disember, seorang remaja perempuan dikatakan mengikut kenalan lelakinya bersiar-siar di sekitar pekan ini sebelum dibawa ke sebuah rumah di Kampung Ara Payung, dekat sini. Menurut sumber, sebaik sampai di rumah itu, remaja perempuan itu mendapati terdapat empat lagi lelaki dalam kediaman berkenaan, namun dia yang mengenali semua suspek yang juga rakan kepada kenalan lelakinya, tidak mengesyaki perkara buruk bakal berlaku.

Bagaimanapun, jangkaannya meleset apabila teman lelaki dan empat kenalannya berubah menjadi ‘syaitan’ apabila mereka bergilir-gilir merogolnya kira-kira jam 12 tengah malam. Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya dan mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis pada hari sama. Pada masa sama, kelima-lima lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati dengan ‘habuan’ pertama mereka, mencari mangsa lain untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, dengan menggunakan taktik sama seperti kejadian pertama, seorang daripada lelaki durjana itu mengumpan seorang kenalan perempuannya dengan membawa bersiar di kawasan sebuah lombong di Kampung Pisang, dekat sini. Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa diperkosa lelaki itu sebelum empat lagi rakannya yang sedia menunggu di kawasan berhampiran turut menyertai pesta rogol berkenaan. Selepas selesai melakukan kerja terkutuk itu, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumahnya. Seperti kes pertama, mangsa mengadu kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis keesokan harinya.

Kelima-lima lelaki terbabit memperdaya seorang lagi remaja perempuan hanya beberapa jam selepas kejadian kedua. Kali ini, kelima-lima lelaki itu mengajak lima lagi rakan mereka untuk turut serta dalam pesta rogol itu di sebuah rumah di Kampung Bendera kira-kira jam 1.30 pagi pada 8 Disember lalu. Mangsa yang sudah terkepung dalam rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu membiarkan dirinya diratah 10 lelaki terbabit secara bergilir-gilir sebelum seorang daripada mereka menghantarnya pulang ke rumahnya beberapa jam kemudian.

Dalam satu lagi kejadian rogol berasingan pada 11 Disember, seorang remaja perempuan yang keluar bersiar-siar bersama kenalan lelakinya dikurung di dalam bilik sebuah rumah di Tanjung Tualang, dekat sini. Mangsa kemudian dirogol lima lelaki secara bergilir-gilir termasuk kenalan lelakinya kira-kira jam 10.30 malam pada 12 Disember sebelum dihantar pulang ke rumahnya pada keesokan harinya. Mangsa membuat laporan polis pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Najib Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kes sedang disiasat. Beliau berkata, polis yang bertindak atas laporan keempat-empat mangsa menahan 15 lelaki berusia lingkungan 13 hingga 55 tahun secara berasingan di sekitar Batu Gajah pada 15 Disember.

“Polis masih mengesan dua lagi suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian rogol itu serta laporan perubatan terhadap mangsa juga mengesahkan kejadian itu dan semua 15 suspek kini direman sehingga 21 Disember,” katanya.

‘Pesta serakah’ di pekan kecil
Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro. com.my-17 dec 09

ISTERI GAGAL KAWAL NAFSU


KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Lebih memburukkan keadaan, ada yang terjerumus ke lembah hina kerana gagal menahan godaan syaitan selepas hidup kesepian tanpa belaian suami biarpun diri masih ‘bergetah’.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:

"HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor. Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana. Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing. Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan."

SHIMA, 32:

"TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki. Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami. Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa."

ROZANA, 39:

"SUAMI saya ghaib sejak 2004. Mulanya saya mengakui sangat tertekan sehingga hampir gila, tetapi berkat doa dan sokongan berterusan daripada keluarga, sedikit demi sedikit saya bangkit meneruskan hidup. Siapa tidak tertekan apabila suami yang dicintai hilang begitu saja. Selama 20 tahun kami hidup bahagia dan intim, tetapi suami kemudian meninggalkan saya tanpa alasan serta punca.

Saya menderita zahir dan batin. Saya terpaksa bekerja keras menyara diri dan empat anak selain terlalu rindukan suami yang dulunya selalu berada di sisi. Suami keluar dari rumah pada Oktober 2004 untuk ke tempat kerja, tetapi selepas itu ghaib. Tiada perubahan ditunjukkan kerana kami sememangnya pasangan bahagia. Memang kami tidak hidup senang, tetapi saya rasa bukan itu alasan dia (suami) menghilangkan diri.

Nak kata dia ada perempuan lain, sepanjang hidup bersama saya, tidak pula dia menunjukkan kelakuan mencurigakan. Yang mampu saya lakukan hanya membuat laporan polis dan selama beberapa bulan saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari suami tetapi tidak berjaya. Bukan saja saya, malah keluarga mentua dan rakan yang rapat dengannya tidak tahu di mana suami saya. Ketika itu saya tidak kuat menghadapi dugaan ini dan hanya mampu menangis.

Makan dan tidur tidak menentu. Anak pula saya biarkan bebas sampai ada kalanya mereka ponteng sekolah. Setahun saya seperti orang gila kerana kerap berkurung di bilik dan berkhayal. Mujur adik beradik saya membantu. Mereka tolong jaga anak saya dan cuba memulihkan saya. Mereka sentiasa beri semangat dan bawa saya berubat.

"Mereka juga sentiasa mengingatkan saya supaya banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya dikuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang terpaksa dilalui."

DIANA, 32:

"SAYA ditinggalkan suami hampir empat tahun. Saya akui sungguh menderita selepas suami menghilangkan diri sekitar 2007, tambahan pula saya terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil, masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Saya ditinggalkan suami ketika anak kedua berusia tidak sampai setahun dan ketika itu saya terpaksa meminta bantuan keluarga untuk menyara hidup. Bayangkan, bagaimana saya hendak menyara anak yang masih kecil itu seorang diri, saya pula tidak bekerja. Jalan mudah yang dapat saya fikirkan ketika itu adalah kembali ke pangkuan ibu bapa di kampung. Hidup saya jadi tidak keruan, apalagi memikirkan sampai bila saya perlu bergantung hidup dengan keluarga. Suami saya langsung tidak dapat dihubungi, hidup matinya saya tidak tahu.

Sebagai isteri yang pernah menerima kasih sayang seorang suami, saya akui perasaan sungguh tertekan apabila memikirkan tuntutan batin yang tidak dapat dipenuhi. Saya masih merindui suami walaupun ada kalanya sakit hati apabila memikirkan saya ditinggalkan tanpa khabar berita. Ada juga rakan pernah mengusik, bolehkah saya hidup tanpa sentuhan lelaki. Bagi saya, soal seks dan tuntutan batin bukan lagi satu keutamaan. Memang sebagai manusia biasa keinginan untuk dibelai lelaki itu sentiasa ada, tetapi apakan daya saya apabila dalam keadaan begini. Buat masa ini saya hanya memikirkan soal anak, mereka lebih memerlukan saya ketika ini."