Thursday, April 23, 2009

Akhbar: Kerabat nafi Manohara didera










kemaskini 8.06pm Kerabat diraja Kelantan menafikan dakwaan bahawa bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot, tidak bahagia bersama suaminya, demikian lapor akhbar dalam talian Indonesia, Detik.com.Dalam emel satu sumber istana yang dikirim kepada laman berita tersohor republik itu semalam, Manohara Odelia dilaporkan sangat dicintai suaminya dan tidak mungkin berlaku penderaan seperti dakwaan ibunya, Daisy Fajarina."(Kerabat diraja) itu bukan jenis begitu," emel tersebut dipetik akhbar web itu."Mano lagi bahagia. Malah sudah gemuk lagi," seorang kerabat Kelantan yang enggan disebutkan namanya dilaporkan berkata.Di Kelantan, menurut Detik.com lagi, pasangan Manohara Odelia bersama suaminya "dikenali baik dan murah hati". "Very humble (sangat merendah diri). Mereka memang fall in love (saling jatuh cinta), dari hati suci," emel itu dipetik.'Baik-baik saja'Dalam laporan berasingan hari ini, akhbar web itu juga melaporkan "keadaan Manohara Odelia baik-baik saja" sewaktu kedutaan republik itu menghubungi istana Kelantan. Diminta mengulas isu penderaan, duta besarnya Da'i Bachtiar dipetik berkata: "Itu kan masih informasi yang belum kita lihat secara langsung. "Upaya yang kita lakukan, kita berkomunikasi dengan Sultan Kelantan, ya katanya kondisinya (Manohara Odelia) baik-baik saja." Sementara itu, agensi berita rasmi Indonesia melaporkan wanita muda itu "tiada tanda-tanda diseksa" sewaktu tampil di majlis rasmi bersama isteri-isteri wakil rakyat Kelantan, 18 April lalu.Maklumat itu diperolehi daripada sumber wartawan-wartawan yang hadir di pertemuan tersebut yang diadakan di hotel Grand Riverview."Dia (Manohara Odelia) memperkenalkan diri kepada isteri-isteri wakil rakyat Kelantan. Manohara sendiri hadir bersama dengan suami. "Tidak ada tanda-tanda beliau disiksa," seorang wartawan di Kota Bharu, Kelantan dipetik Antara petang ini.Ramai wartawan yang hadir pada majlis itu "dan melihat langsung Monahara dalam keadaan sihat walafiat", lapor agensi itu lagi.Daisy, dalam sidang media di Jakarta pada Isnin lalu, mendakwa anak bongsunya pernah dilukakan di bahagian dada.Beliau juga dilaporkan mendakwa mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya."Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. "Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik sebagai berkata.Dalam perkembangan berkaitan, Harian Metro hari ini melaporkan pihak istana sedang meneliti dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap kerabat tersebut. Pengelola istana itu Datuk Abdul Halim Hamad dipetik berkata kenyataan itu mungkin akan dikeluarkan hari ini.

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model




Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan juga pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada. Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya."Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan nggak (tidak) tega melihat penderitaan anak saya," wanita itu dipetik sebagai berkata.Ibunya juga mendedahkan anaknya, 17, dibawa secara paksa dan tanpa diduga oleh kerabat tersebut selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan pesawat peribadi Challenger 300 dari Jeddah, Arab Saudi."Saya tidak menyangka setelah umrah, mereka sanggup melakukan hal yang sangat tidak manusiawi (berperikemanusiaan)," wanita 44 tahun itu dipetik sebagai berkata di Jakarta.Sebelum kejadian itu, beliau benar-benar menyangka menantunya sudah berubah."Alhamdulillah, kami melakukan ibadah dengan baik, hubungan kami dengan Tengku pun baik," katanya lagi.Daisy menambah, sewaktu mereka menuju ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia, Manohara berangkat satu kereta dengan suaminya, sementara beliau sendiri bersama kakak Manohara Odelia dalam kenderaan lain.Tambahnya, bagaimanapun kenderaan yang membawa kerabat tersebut dan model Indonesia itu tidak ke lapangan terbang biasa, sebaliknya ke bahagian berlepas jet peribadi.Daisy mendakwa, beliau dan anak sulungnya Dewi Sari Asih cuba menghalang pesawat tersebut berlepas sehingga hampir terkena sayapnya tetapi tidak dipedulikan.Sehingga kini nasib dan lokasi wanita muda itu masih tinggal misteri, lapor sebuah akhbar di republik tersebut Surya hari ini.Mereka, termasuk kerabat tersebut, mengerjakan umrah bersama-sama antara 25 Februari hingga 9 Mac lalu sebagai undangan untuk berbaik-baik semula. Manohara Odelia - yang pernah tersenarai "100 Pesona Indonesia" - lari dari negara ini ke republik itu selepas berasa sering dikasari oleh suaminya.Model itu berkahwin tergesa-gesa dengan kerabat tersebut, yang berusia 31 tahun, pada 26 Ogos lalu setelah dicabuli lelaki tersebut awal 2007 sewaktu remaja itu berusia 15 tahun, dakwa Daisy lagi.Manohara Odelia diberikan mas kahwin RM50,000, kalung berlian, anting-anting, gelang, cincin dan jam tangan. Lebih kurang seminggu sebelum majlis pernikahan itu, Manohara Odelia dan keluarganya datang ke Kuala Lumpur atas undangan istana Kelantan.Pertemuan mereka berdua bermula pada Disember 2006 sewaktu Daisy dan anaknya hadir di majlis makan malam Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, lapor Surya lagi.Tiada maklumat lengkap bentuk program itu dinyatakan, namun dipercayai satu program rasmi Najib ketika mengunjungi Indonesia pada bulan tersebut.Ibu model itu dilaporkan berkata, dalam pertemuan awal itu kerabat tersebut kelihatan sopan dan pertemuan mereka seterusnya menunjukkan lelaki itu "baik orangnya, rajin bersolat, tidak pernah kasar dan lembut bicaranya." "Saya sudah menganggap Tengku anak saya," Daisy dilaporkan berkata.Selepas kejadian yang tidak diduga di Arab Saudi, menurutnya lagi, beliau terus membuat aduan kepada kedutaan Indonesia di Jeddah. Untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan." Beliau kemudiannya mendapatkan bantuan daripada Kementerian Luar Indonesia."Rasanya saya ingin mati mati saja, tapi saya tahu saya harus kuat untuk anak saya. "Saya tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi pada anak saya," Daisy dipetik berkata sambil berlinangan air mata dalam satu sidang media di sebuah restoran di Jakarta Selatan.Manohara Odelia mewarisi darah kacukan Perancis daripada bapanya Reiner Pinot Noack.Akhbar Tempo edisi internet petang ini melaporkan polis republik itu akan mula menyiasat kes penculikan tersebut sekiranya mendapat laporan keluarga Manohara Odelia.Jurucakap ibu pejabat polis, Abubakar Nataprawira berkata sampai saat ini belum mendapatkan laporan daripada keluarganya. "Katanya (keluarga) sudah lapor, tapi belum ada laporannya," beliau dipetik berkata, sambil menambah kes tersebut diketahuinya daripada wartawan.Tambahnya, apabila sudah dilaporkan, siasatan lanjut akan dibuat.

Friday, April 10, 2009

How to save papayas falling from the tree...



idea kreatif......

Asal usul istilah "Terperanjat Beruk"


wakakaa....gurau malam Jumaat

Monday, April 6, 2009

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.Wahai Ali,

bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah