Friday, March 19, 2010

9 orang TERKAYA di Malaysia

Malaysian Business mendapati jumlah kekayaan dimiliki 40 individu terkaya Malaysia telah susut RM75.6 bilion(43%) kepada RM96.30 bilion setakat 16 Januari 2009.

Malaysian bussiness juga mendedahkan bahawa separuh dari mereka merekodkan penurunan 50% kekayaan dengan hanya 14 orang bergelar bilionair, berbanding 19 orang billionair pada tahun lepas.

Muka baru dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia adik beradik dari kumpulan YTL, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng juga balu pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua.

Senarai 9 teratas dan nilai kekayaan :

1.Tan Sri Robert Kuok (Raja gula-Kuok Brothers Sdn Bhd) – RM26.6 bilion

2.T. Ananda Krishnan (Maxis) – RM20.1 bilion

3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public bank) – RM8.15 bilion

4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation) – RM7.4 bilion

5.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) – RM4.5 bilion

6. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) – RM3.5 bilion

7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (MMC corporation Berhad) – RM3.2 bilion

8.Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group) – RM1.8 bilion

9.Tan Sri Tiong Hiew King (Kumpulan Rimbunan Hijau) – RM1.6 bilion

Berbahagialah menjadi seorang Muslimah

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”.
Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Wednesday, March 3, 2010

Seks depan kamera web

KUALA LUMPUR: “Dia pernah paksa saya lakukan persetubuhan di depan web cam (kamera web) untuk disaksikan orang lain. Saya terpaksa menurut kehendaknya jika tidak dia akan mengamuk,” kata isteri ‘Jutawan Lubnan’, ketika memberi keterangan dalam permohonan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Plaintif, Farinnie Mohd Farid, 24, yang memohon membubarkan perkahwinannya dengan Elie Yousseff Najem, 50, berkata sepanjang perkahwinan mereka, dia juga dianiaya secara seksual oleh defendan yang dinikahinya pada 6 Oktober 2005. “Walaupun saya datang haid, dia akan paksa saya untuk ‘bersamanya’. Ketika lepas pantang juga dia sering liwat saya,” kata Farinnie.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Mamat Haizan Salleh, manakala defendan yang tidak hadir ke mahkamah tidak diwakili peguam.


Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Prince Kovadis Elias Youssef Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2. Selain itu Farinnie mendakwa suaminya cuai dalam memberi nafkah, sering menganiayanya dan tingkah lakunya bertentang dengan ajaran Islam.


Menjawab pertanyaan peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakilinya, plaintif berkata selain melakukan kekerasan terhadapnya seperti menarik rambut dan mengasarinya, defendan selalu memaki hamunnya dan mengutuk agama Islam. Plaintif turut mendakwa suaminya tidak membenarkannya solat dan berpuasa serta memaksanya memakai salib dan pernah sekali menganjurkan upacara sembahyang untuk hari Ester di rumah mereka di Bangsar.

FAKHRUL AZMAN: Boleh beritahu mahkamah apa penganiayaan defendan terhadap kamu?

FARINNIE: Dia pernah tarik rambut saya beberapa kali, sering tengking saya dan kalau berlaku pergaduhan dia akan berkasar terhadap saya. Kejadian tarik rambut berlaku beberapa kali antaranya ketika di Genting Highlands sewaktu dia kalah berjudi. Dia begitu marah kerana kalah dan tarik rambut saya depan orang ramai. Kejadian itu pada tahun 2006.

FAKHRUL AZMAN: Apa kesan daripada tindakan itu?

FARINNIE: Saya rasa semakin takut terhadapnya dan rasa tidak selamat tinggal bersamanya.


FAKHRUL AZMAN: Ada buat laporan polis atau laporan di hospital? FARINNIE: Tidak.


FAKHRUL AZMAN: Kejadian lain?

FARINNIE: Ketika mengandungkan anak sulung, kandungan saya enam bulan, dia pernah tolak meja sehingga kena perut saya. Ada rasa sakit tapi alhamdulillah tidak ada kesan pada bayi.

FAKHRUL AZMAN: Ketika kejadian itu kamu tidak lapor pada polis? FARINNIE: Tidak.


FAKHRUL AZMAN: Kenapa?

FARINNIE: Sepanjang bersamanya saya dikurung dalam rumah. Kalau dia keluar atau berada dalam rumah, dia akan pegang semua kunci.

FAKHRUL AZMAN: Perbuatan luar tabii, adakah kamu ambil apa-apa tindakan?

FARINNIE: Saya pernah lapor pada Jais pada hujung 2007, namun tiada tindakan. Saya tak buat laporan polis sebab tidak mahu kecohkan perkara ini.

FAKHRUL AZMAN: Berapa lama perkara itu berulang?

FARINNIE: Seminggu dua tiga kali sejak 2005 hingga 2007.

FAKHRUL AZMAN: Pernah bantah tindakannya?

FARINNIE: Pernah, tapi dia akan berkasar terhadap saya. Dia pernah tampar saya tiga kali di bahagian kening. Saya lapor pada polis tapi sejak saya balik pada dia saya tarik balik laporan itu.

FAKHRUL AZMAN: Apa yang membuatkan kamu tarik balik laporan itu?

FARINNIE: Sebab dia janji akan berubah dan berjanji tidak akan buat lagi jadi saya tarik balik laporan.

FAKHRUL AZMAN: Defendan berubah tak selepas itu?

FARINNIE: Tidak. Farinnie berkata pada pagi 30 Ogos 2007, selepas bangun dari tidur dia ternampak suaminya sedang menunjukkan kemaluan di hadapan web cam ketika sedang bersembang di laman sosial. Ketika suaminya tidur pada tengah hari berkenaan, dia melarikan diri. Perbicaraan bersambung pada 7 dan 19 April ini.


Ini satu lagi bolih dijadikan iktibar terutama bagi wanita melayu...hindarkanlah dari
menikahi lelaki asing terutama yang bukan Islam sejati....
baca macam kelakar tetapi natijahnya amat zalim.

Ustazah terlanjur

KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.


Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.


Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.


Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.


Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.


“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.


“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.


“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.


Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.


Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.


Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.


Sementara itu, Harian Metro difahamkan, ustazah terbabit dan pasangannya akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Tinggi, pada 22 Mac ini, atas tuduhan berkhalwat



kasih ,cinta ,sayang.....suatu untuk jadi iktibar...

Monday, March 1, 2010

Hentian Puduraya ‘tenggelam’


KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir satu jam semalam mengakibatkan banjir kilat di Hentian Puduraya, malah paras air naik mendadak menyebabkan laluan itu sukar dilalui kenderaan ringan terutama motosikal.

Fenomena banjir kilat itu sekali gus menyebabkan keadaan trafik terganggu selain sesak teruk dan sempat dirakam jurufoto.

Bagaimanapun, keadaan pulih beberapa jam kemudian dan aliran trafik kembali lancar.


Kuala Lumpur....Bandarayaku....apa nak jadi....banjir,bah...
Kemajuan yang menenggelamkan.....