Tuesday, September 14, 2010

Bilakah suara aku akan kembali pulih




Sudah lebih 4 purnama keadaan suara aku belum pulih seperti asal.Mulai dari tarikh aku menghadiri kursus Teaming di Casuarina Hotel,Ipoh yang dianjurkan olih syarikat tempat aku bertugas.

Aku ingat kan cuma batuk biasa atau keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan ia lambat sembuh.Sudah 4 kali jumpa 2 klinik panel,tapi belum menunjukkan ia akan pulih seperti sediakala.Habis ubat diberi aku makan.

Paling mengecewakan aku ,terpaksa melepaskan tugas menyampaikan khutbah hari raya Aidil Fitri baru-baru kepada sahabat aku yang juga pengerusi masjid kami kerana suara aku sudah tidak mampu mengeluarkan suara yang kuat untuk jemaah.Bahkan 2 hari sebelum raya,solat Terawikh juga aku tidak dapat mengimamkan.Nasib baik dimasjid kami ada beberapa orang yang memang bolih mengambil alih tempat imam.Alhamdulillah bersyukur kepada Allah.

Semalam aku cuba untuk mendapatkan rawatan di sebuat klinik Pakar E.N.T di Ipoh ,mana tahu ia bolih membantu mempercepatkan suara ku pulih seperti sedia kala.
Ada nampak kelainan dari segi pemeriksaan.Doktor memasukkan tiub kamera melalui hidung ku dan memberiahu tiada sebarang ketumbuhan dikesan d kerongkong,cuma mungkin jangkitan virus sahaja.Doktor memberikan aku beberapa ubat untuk dimakan.Mudah-mudahan ia akan beransur sembuh.

Dah nama nya klinik pakar bil yang dikenakan RM 150.00.Tak apa lah janji bolih pulih suara aku seperti sediakala.