Thursday, February 25, 2010

kopi & mee rebus




Kadang-kadang bila ada masa jam 4 ptg aku minum kopi dan makan mee rebus digerai sebelah stesen keretapi lama pekan Batu Gjah.....fuuuhhhh sedap sangat.....singgah-singgahler...

Tuesday, February 23, 2010

Macam-macam: Lelaki pandang payu dara dulu

GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman. Empat daripada 10 lelaki mengakui merenung buah dada sekurang-kurangnya 10 kali sehari. Tinjauan syarikat pembedahan kosmetik Transform di kalangan wanita pula mendapati, 48 peratus daripada mereka tidak puas hati dengan saiz buah dada mereka dan mahu mengubahnya.

Selain itu, empat daripada sepuluh wanita cemburu dengan ‘aset’ rakan sendiri dan 46 peratus pula mahukan payu dara seperti selebriti terkenal. - Agensi

Sunday, February 21, 2010

Tip mencari juzuk Al-Quran

Ingin berkongsi dengan anda formula untuk mencari/menghafal halaman Al-Quran (saiz standard Pada Al-Quran – Madinah Al-Munawwarah).

Perhatikan caranya; yang sangat mudah: —
Al-Quran mempunyai 30 Juzuk (bahagian)

Contoh 1
Jika anda ingin tahu- Juzuk 5 daripada Quran muka surat berapa?
5 (lima juzuu) 5-1 = 4, jawapannya 4 x 2 = 8 kemudian letakkan 2 selepas 8 yang menunjukkan 82
Sekarang lihat pada Al-Quran dan anda akan melihat Juzuk ke 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2
Juzuk 10 , 10-1 = 9, jawabannya 9 x 2 = 18 kemudian masukkan 2 selepas 18 yang menunjukkan 182
Sekarang lihat pada Quran, anda akan melihat Juzuk 10 bermula pada halaman 182.

Contoh 3
Juzuk 23, 23-1 = 22, jawapan 22 x 2 = 44 kemudian masukkan 2 selepas 44 yang menunjukkan 442
Sekarang lihat pada Quran, anda akan melihat juzuk 23 bermula pada halaman 442.

Selain itu, Juzuk bermula daripada bahagian atas laman & berakhir pada bahagian bawah laman

Subhana Allah!

Tuesday, February 9, 2010

Nasihat Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W

Nasihat Jibril A.S kepada Nabi Muhammad S.A.W dan sesungguhnya nasihat itu untuk kita juga, sebagai umat baginda Rasulullah S.A.W yang mana nasihat itu berbunyi seperti berikut:

“Wahai Muhammmad, hiduplah sesukamu,
tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.

Berbuatlah sesukamu,
sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu itu.

Cintailah siapa saja yang engkau kehendaki,
tetapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.

Ketahuilah bahwa kemuliaan seorang mukmin itu karena shalat malamnya,
dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia
”(HR Al-Hakim dan Abu Na'im)